Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network | Hot : Bagaimana Memasang Font Baru Pada Komputer Anda.


Pin It

Widgets

2 Golongan yang Dilaknat Allah pada Pagi Syawal

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Alhamdulillah kita masih diberikan nyawa untuk hidup menjalani ibadah ramadhan sehingga hari ini. Bersama kita ucapkan "Alhamdulillah". Namun, satu persoalan yang tak mampu kita jawab, Adakah Ramadhan akan bersama kita?. Hanya dia yang tahu. Sedih rasanya hati ini ingin meninggalkan Ramadhan, kerana aku bimbang untuk melalu hari-hari yang penuh godaan dan cabaran selepas ini. 

Sedikit perkongsian ingin aku kongsikan bersama pembaca sekalian. Pengisian ini aku dapat dalam tazkirah ramadhan sebentar tadi. Apa yang disampaikan oleh ustaz, tempias pada diriku juga. Kerana aku juga seorang hamba yang tidak lari daripada dosa. 

Moga ia dapat difahami bersama.

2 Golongan yang Dilaknat Allah pada Pagi Syawal

Golongan Pertama : Wanita 
  • Memakai wangian sehingga menjadi tarikan.
  • Berhias berlebihan - pakai gincu merah menyala
  • Pakaian yang seksi - cth : baju kurung yang jarang.
Golongan Kedua : Lelaki dan Wanita
  • yang tidak menjaga batas pergaulan mereka
  • tidak menutup aurat.
  • bersalaman dengan yang bukan mahram.
Para pembaca nak tahu kenapa aku highlight kan yang berwarna merah ni?

Inilah yang banyak kita gadaikan ketika hari raya. Ya, memang niat kita baik. Ingin bermaaf-maafan sesama insan. Tapi tidak semestinya kita kena salam orang yang kita berhajat untuk memohon ampun (bagi yg bukan muhrim). 

Dah lama aku fikirkan tentang pekara ini. Aku juga antara orang tidak terlepas melakukannya. Kerana ini telah menjadi adat kita ingin mermohon kemaafan dengan sanak saudara pada hari Raya. Bimbang kalau tak salam, nanti dilabelkan kita sombong. Aku juga pernah berbincang dengan temanku tentang hal ini. Dia juga mengalami masalah yang sama.

Persoalannya lagi? dengan siapa yang kita boleh salam dan tak boleh salam.

Alhamdulillah, aku ketemui jawapannya di laman sosial Facebook yang berkongsi tentang hal ini. Lihat dibawah. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Aku menulis tentang hal ini bukan  lah bermakna aku ini ustaz atau yang arif tentang hal agama. Sekadar ingin menjadi yang lebih baik dan belajar menjadi hamba-Nya. Islam cara hidup dan inilah yang Islam ajar kita. Bergaul dan bersosial itu boleh tapi ada batasnya. 

Kepada saudara mara ku. Aku berharap kalian membaca artikel ini. Di pagi syawal nanti, kalau aku tidak bersalaman dengan kalian. Ini bukan bermakna aku Sombong. Aku berharap kalian memahami. 

Atas dasar itu juga, aku ingin mengajak pembaca sekalian kita berkempen tentang perkara ini. Moga ilmu yang kita faham hari ini, dapat ketahui juga oleh rakan2 dan saudara mara kalian. Satu page facebook telah dibangunkan untuk membantu kempen ini. Kempen : Kita Bukan Mahrah, Kita Tak Boleh Bersalaman. Sebarkan kepada yang lain, jika kalian merasakan ini tanggungjawab kalian.

#Kepada rakan Blogger & Facebooker yang ingin membantu dalam kempen ini. sila PM di Facebook. Nanti, aku akan bagi tahu bagaimana caranya anda dapat membantu.

Wassalam.
Abdul Manan Abdullah
www.mananqayyim.com

Share this article :
 
 
Support : About | Contact Me | Gallery
Copyright © 2012. Manan Qayyim - All Rights Reserved
Redesign by Manan Qayyim
Proudly powered by Blogger