Assslamualaikum. Tinggal beberapa hari sahaja kita akan menhadapi bulan Ramadhan, bulan Tarbiyah. Sudahkan kita buat persediaan rapi untuk menghadapinya?
Terasa lemahnya Iman dalam hati ini. Bila menghadapi ujian dunia, misalnya SPM, PMR, STPM dan Exam Semester. Pelbagai persedian kita lakukan. Latihan bertubi-tubi kita buat.
Tapi menghadapi Ujian di Ramadhan. Satu persediaan pun kita tak buat. Inilah antara ujian di Dunia penentu nasib kita di Akhirat. Maka dengan itu aku senaraikan beberapa topik yang perlu kita ulang kembali. Mungkin ada yang dah tahu, saja kita nak refresh kembali.
Topik Yang Dijangka Akan Keluar Dalam EXAM Bermula Sabtu ni.
1) Mengulangkaji kembali ilmu pengetahuan tentang puasa.
2) Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan.
3) Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
4) Meletakkan sasaran meningkatkan keTakwaan kita kepada Allah.



