Assalamualaikum dan salam mesra. Isu politik pada hari ini semakin hangat dibicarakan tidak kira dalam media mana sekali pun. Sama ada lama Media Arus Perdana mahupun dalam Media Baru. Itulah hakikat yang berlaku pada negara kita saat ini. Mungkin ada yang perasan bagi yang peka, Mungkin juga ada yang tak perasan bagi mereka yang tidak ambil peduli.
Isu negara, Isu kita. Nak tak nak, kita tetap perlu ambil tahu. Walaupun sedikit.
Kita bebas menyokong atau membangkang mana-mana parti politik yang ada di Malaysia. Asalkan kita jelas apa yang dibawa oleh parti berkenaan. Malang sungguh bagi mereka yang menyokong membuta tuli. Ingatlah, kita penentu pentadbiran negara kita. Tersilap langkah, kita yang padah.
Sedih, bila mendengar perbalahan yang berlaku antara keluarga, suami isteri dan sanak saudara disebabkan berbezanya pandangan politik mereka.
Bercerai Kerana Politik.
Inilah antara isu yang panas dalam minggu ini. Amat menduka citakan, bila politik dijadikan batas atau penghalang dalam berumah tangga.
Memburukkan Adik Beradik Sendiri
Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini. Walau bagaimana berbeza fahaman politik dalam keluarga kita. Jagalah tali persaudaran yang telah lama terikat, terputus dek kerana politik. Yang penting jagalah aib keluarga kita, peliharanya bersama.
Sekian itu sahaja, sekadar mengutarakan pandangan dari sisi pandang insan yang kerdil
p/s : Matangkan pemikiran kita, usah kerana politik kita berbalah dan bergaduh. Berpolitiklah secara suci, usah menfitnah dan memburukan pihak lawan demi menjatuhkan mereka.
Wassalam.


