Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Aku baru sahaja balik dari tempat niaga mak aku. Nak dipendekan cerita. Masa dalam perjalanan pulang ke Rumah. Tiba-tiba motor yang aku naiki tersemput-semput. Apa hal pula ni? dalam hati aku membuat tafsiran, ni mesti minyak habis. Aku berhenti tepi jalan dan cek tangki minyak. Ya Allah, tangki minyak kering kontang. Kemudia aku cuba selok poket seluar aku, nak ambil handset. Ya Allah, handset pula mati. Aku pasrah.
Dalam suasana malam di Ibu Kota Kuala Lumpur, aku tolak motor pelahan2. Dengan harapan dapat sampai ke stesen minyak yang berhampiran.
Tiba-tiba, datang motor dari belakang, berhenti sebelah aku.
"Bang, kenapa ni? moto rosak ke?" tanya lelaki tu. (aku gelarkan dia Bro la)
"tak, minyak habis", jawab aku dengan rengkas.
Aku terus tolak motor aku dan tak menghiraukan lelaki tersebut. Takut, kalau2 dia ada niat jahat. Sebab sebelum ni aku ada pengalaman kena pau.
"Nak saya tolak tak?", pelawa Bro tersebut.
"Boleh gak..." , balas aku, dalam hati masih rasa takut.
Bro tu tolak mator aku dari belakang sampai lah kami jumpe stesen minyak Esso dalam kawasan tersebut.
Sampai je di stesen minyak, dia terus pergi. Aku hanya sempat ucapakan terima kasih je. Tak sempat nak bagi apa2.
Rupanya tangapan aku pada bro tu, meleset jauh. Tak sangka ada insan macam tu lagi dalam Ibu Kota yang sebok ni.
Thanks Bro.....


