Kembalilah kepada Sunnatullah,Kembali ke Jalan Allah,Disana wujudnya kesihatandan kemudahan.Kembalilah kepada-Nya,Sujudlah kepada-Nya,Dengan bersujud kepadanya sahaja,Kita dekat dan hampir,Kepada Limpahan KurniaSihat dan Alfiat Sejatioleh : Prof Dr Burhanuddin al-Helmy
________________________________________________________
Nota MQ :
Kata-katanya
membuatkan aku kembali bersemangat melawan penyakit ini. Ujian kepada
hamba yang siring lalai akan peringatan-Nya. Terjumpa madah ini ketika
berkunjung di sebuah pusat Perubatan Tradisional Dan Komplementar.
Bila
melihat penulisnya Prof Dr Burhanuddin al-Helmy, aku teringat puisi
yang ditulis khas untuk beliau oleh A. Samad Said. Yang berjudul Tapak
Yang Luhur.
TAPAK YANG LUHUR
(Istimewa buat Dr. Burhanuddin Al-Helmy)
Bertapak atas batas yang luhur
bersumpah lidah sufi tersohor,
disedarkannya lara bangsa
waja dirangsang tepis membantah.
Awal lagi semangat bernyala
dihembus bara merdeka bangsa.
Pagi ke malam berjuang tegap
di tengah rakyat gigih bersikap.
Bersilat atas bumi yang subur
bisik bersikap qalbu sejujur—
menyala unggun zaman yang garang
membakar tekad cekal berjuang.
Bersama bangsa bangkitlah ia
tegas perkukuh asas merdeka.
27—28, Sept, 2011—A. SAMAD SAID


