Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Semoga pagi ini memberi sinar baru kepada anda. Bergitu juga kepada aku. Gembira rasanya bila ditawarkan "Google Adwords Training" secara percuma.
Email tentang training ini aku dapat pada minggu lepas dan esok adalah tarikh yang aku nanti-nantikan. Mana tidaknya, sebelum ini belajar AdWords secara sendiri-sendiri sahaja. Apabila ditawarkan kursus seperti ini, perasaan ingin tahu itu semakin tinggi. Semoga esok, aku mendapat sesuatu yang bermanfaat dalam kursus ini.
Sebenarnya aku mengikuti program Get Malaysia Business Online. Dalam program ini, mereka akan melatih peserta untuk melakukan perniagaan secara online. Kemudian peserta akan beri domain dan application online store secara percuma untuk tahun yang pertama. Tahun yang berikutnya kena bayar lah. Untuk kursus yang asas aku dah lepas. Kini kursus AdWords pula.
Jika segalanya melepasi syarat, pesertakan diberikan Voucher AdWords bernilai RM300 secara PERCUMA. Doakan, semoga aku melepasi syarat-syarat yang ditetapkan ya.
Sebenarnya, aku mengikuti program ini adalah untuk membantu perniagaan Mak aku. Sebelum ini Mak aku hanya berniaga Nasi Campur di kaki lima sahaja. Jadi aku nak promosikan hidangan istimewa Mak aku buat iaitu Rendang Minang. Menu ini menjadi antara tarikan utama kepada pelanggan beliau.
Semoga, dengan usaha kecil ini dapat mengembangkan perniagaan beliau. Ini adalah website Rendang Minang yang aku katakan http://www.rendangminang.com.my .Insya-Allah akan dilancaran secara rasmi pada hari rabu ini. Kepada yang suka makan rendang, jagan lupa order dekat aku ya. Rendang ini boleh tahan sehingga 1 - 3 bulan lamanya. Aku packing dalam bentuk sejuk beku. Nak makan hanya perlu panaskan sahaja.
Ini pula adalah FB Page Rendang Minang https://www.facebook.com/pages/Rendang-Minang-Resepi-Emak/259465730831768 . Mohon kepada sahabat2 sekalian untuk menyokong peniagaan ini. Sebarkanlah kepada rakan2 yang berminat.
Sebarang cadagan penambahbaikan bolehlah tinggalkan komen dibawah.
"Mengharapkan terbaik untuk hari esok"