
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Maaf, kepada para pembaca Blog ini sekalian kerana tidak dapat diupdate hampir satu minggu. Dah beberapa hari tidak dapat online macam ni. Alhamdulillah, sekarang dapat juga aku online di Warnet (Warung Internet). Unutk pengetahuan anda, aku sekarang berada di Indonesia bersama Mak, Ayah, Pak Cik dan Mak Cik aku. Dalam masa yang singkat ini aku cuba untuk berkongsi pengalaman selama disini.
Perjalanan dari Kuala Lumpur (LCCT) ke Padang, Indonesia mengambil masa hanya 55 minit sahaja. Kami berlima, meninggalkan rumah awal pagi lagi kerena kapal terbang AirAsia yang akan kami naiki akan berangkat jam 7.50 a.m. mengikut jadual penerbanagan. Agak terburu sedikit, takut terlepas.
di Lapangan Terbang LCCT (Kuala Lumpur) tak dapat nak "snep" gambar banyak2. Mengejar masa untuk masuk ke pesawat. Hanya satu gambar diatas tu ja. Tiga lagi gambar ni, sewaktu tiba di Bandara Padang, Indonesia.
Borong Ikan di Tepi Pantai.
Sampai sahaja di rumah tempat tinggal kami disini, kami berehat seketika. Beberapa minit kemudia, kami terus ke tepi laut. Lama sudah aku tak ke sini. Waktu kecik-kecik dula ja. Rindu pada pukulan ombak yang kuat.
![]() |
| Tawar memawar |
Tiba di tepi Pantai, kelihatan makcik2 dan pakcik2 disini sedang sebok tawar menawar membeli ikan. Segar2 ikannya, terus dari laut.
Ikan Ditangklap Mengunakan Pukat Tunda
Disini pelbagai kaedah digunakan untuk menangkap ikat di Laut. Salah satu nya mengunakan pukat tunda. Inilah kali pertama aku tengok orang tangkap ikan mengunakan pukat tunda. Mereka bekerja sama demi sesuap rezeki.
![]() |
| Dalam ramai-ramai ni terselit pulak Pak Cik baju putih tu (gambar atas kanan). Itulah ayah aku. |
![]() |
| Rezeki yang diperoleh dikongsi bersama. Diagihkan sikit-sikit setiap seorang. |
![]() |
| Selebihnya dijual. |
#Sebenarnya aku ke sini ada urusan keluarga. Bak kata orang "Sambil menyelam minum air". Masa yang ada ini juga digunakan untuk bercuti.
#Dalam masa yang sama aku cuba mencari barang apa yang sesuai untuk diniagakan di Malaysia nanti. Ada sesiapa yang ada cadangan atau pandangan? kongsikan lah bersama aku disini.
#Dalam masa yang sama aku cuba mencari barang apa yang sesuai untuk diniagakan di Malaysia nanti. Ada sesiapa yang ada cadangan atau pandangan? kongsikan lah bersama aku disini.
MQ : aku ingin mohon maaf kepada pemenang GA yang aku anjurkan baru-baru ni. Tak sempat nak hantar hadiah. Insya-Allah, bila aku balik ke Malaysia nanti. Aku akan poskan hadiah-hadiah tersebut.






