Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network | Hot : Bagaimana Memasang Font Baru Pada Komputer Anda.


Pin It

Widgets

Malaysia No. 144 Dalam KEDUDUKAN KEBEBASAN AKHBAR GLOBAL 2012

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Tekejut .... antara percaya atau tidak. Sama ada ini realiti atau propaganda semata. Maaf entry kali ini agak berbelit sikit. Nak mengambarkan kebingungan aku ketika menulis entry ini.

Peringatan penting, Aku bukan nak memihak mana-mana parti politik yang ada sekarang. Cuma nak berkongsi pendapat tentang keadaan realiti hari ini. Hari ini penentu masa depan negara kita.

Ada antara kita tidak kisah apa yang berlaku sekarang. Sikap tidak ambil peduli ini juga bakal menjadi barah kepada negara ini. Paling tidak pun, cuba la cakna sikit isu semasa. Terutama golongan muda. Ingatlah apa yang berlaku HARI INI akan menjadi lipatan Sejarah untuk hari ESOK.

Masih ingat apa tertulis dalam buku Sejarah sekolah menengah dulu - "Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya" , George Santayana.

Bagaimana nak tahu Isu Semasa?

Ini juga merupakan satu persoalan besar perlu dijawab. Apa yang diceritakan hari ini dalam akhbar banyak memihak parti politik tertentu. Malah masyarakat dapat melebelkan ini Surat Khabar Barisan Nasional (BN) dan ini Surat Khabar Pakatan Rakyat (PR). Begitu juga ceritanya dengan media eloktronik dan media baru.

Sehinggakan negara kita berada dalam Ranking ke 144 dalam KEDUDUKAN KEBEBASAN AKHBAR GLOBAL 2012 (Global Freedom of the Press 2012). Ini adalah antara laporan yang dihasil dalam kajian Hari Kebebasan Media Sedunia baru-baru ini.

Menurut laporan ranking ini juga, menunjukan Malaysia (no 144) antara negara yang tidak bebas (Not Free) dalam penyampaian media. Sila download Laporan KEDUDUKAN KEBEBASAN AKHBAR GLOBAL 2012 dibawah untuk lebih kepastian atau layari http://www.freedomhouse.org/report/freedom-press/freedom-press-2012 .

Downloads:
Asia-Pacific : This region is home to the survey’s poorest performer, North Korea, and the world’s largest Not Free environment, China. However, the regional average score improved in 2011. Burma made significant advances due to a broad political opening, Tonga was upgraded to Free, and Thailand moved into the Partly Free category. Numerical improvements seen in Indonesia, the Philippines, and Nepal were balanced by declines in India and Pakistan.
Keratan Artikel dalam Freedom of the Press 2012: Breakthroughs and Pushback in the Middle East

Habis tu, Baik Tak Payah Ambil Tahu.

Bagi aku, ini bukan resolusi yang terbaik. Bacalah media kedua-dua pihak. Tak kiralah media Kerajaan atau Pembangkang. Nilai sendiri. Paling tidak, anda akan fahami situasi. Kadang-kadang, ada isu tu, tidak masuk dek akal langsung. Diterbitkan untuk menjatukan kredibiliti pihak lawan.

Akhir dari aku, marilah kita berdoa bersama , agar suatu hari nanti negara kita akan mencapai tahap Kebebasan (Free) dalam media seperti negara-negara lain.

Mungkin anda ada pandangan tersendiri. Kongsikanlah......


Share this article :
 
 
Support : About | Contact Me | Gallery
Copyright © 2012. Manan Qayyim - All Rights Reserved
Redesign by Manan Qayyim
Proudly powered by Blogger