Assalamualikum
Entry aku kali ini mungkin agak berbeza dengan sebelum ini. Travelog pertama aku coretkan untuk tatapan anda semua. Percutian yang sengkat, penuh bermakna untuk diriku.
Walaupun pada minggu yang sama, banyak aktiviti perlu diselesaikan dan jadual agak padat. Dalam kesebokan ini keluarga tidak dilupakan.
Alhamdulillah, aku dapat mengalami percutian yang amat menyeronokan. Tiga hari dua malam (3H 2M) rasakan tak cukup untuk meneroka bumi Kelantan @ Kelate. Dari 28 - 30 April (sabtu - Isnin) menjalani hari-hari yang indah disini. Setiba sahaja di Kelantan, aku dijemput oleh ahli keluargaku. Mereka tiba disitu awal sehari dari aku. Aku lewat sikit, disebabkan ada urusan perlu diselesaikan.

Pertama kali menjejak kaki ke Kelantan tak tergambar perasaan ketika itu. Benarlah kata Oki Setiana Dewi (artis Indonesia) ketika melawat kelate - "Kelantan Seindah Namamu".
Disebabkan kekangan masa, tak dapat lah aku nak bercerita panjang. Insya-Allah akan menyusul entry berkaitan selepas ni. Tengok la dulu gambar-gambar kat bawah ni ya.
Disebabkan kekangan masa, tak dapat lah aku nak bercerita panjang. Insya-Allah akan menyusul entry berkaitan selepas ni. Tengok la dulu gambar-gambar kat bawah ni ya.
![]() |
| Ini lah Destinasi pertama yang dikunjungi. Tak pasti apa nama tempat ni. Kelihatan seperti belum siap sepenuhnya. Setibanya kami disitu, aktiviti pembinaan masih rancak dijalankan. |
![]() |
| Melihat Matahari Terbenam, CANTIKAN !!! |
![]() |
| Indahnya Pemandangan Tambatan D'Raja |
![]() |
| Mumburu kejayaan di Masjid Muhammadi, Kota Bahru |
![]() |
| Banyaknya barang di Wakaf Ceh Yeh |
![]() |
| Sebok memilih barang di Rantau Panjang |
![]() |
| Mak Cik Cendal Satu |
![]() |
| Masjid Beijing, unik tidak seperti masjid yang lain di Malayisa |
![]() |
| Singgah Masjid Tok Guru |
![]() |
| Pasar Siti Khadijah. |
![]() |
| Penat berjalan. Perut pun dah berbunyi. Apa lagi ... Singgah makan di Nasi Ulam Kraftangan. Memang puas la. Dengan ulam dicecah bersama budu + tempoyak + asam. Sedap nyaa... |
Bergitulah sedik coretan Travelong aku bersama keluarga di Kelate. Kalau ada kelapangan masa lagi, akan aku kongsikan pelbagai pengalaman manis disini. Banyak lagi nak cerita ni...
Kepada yang tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan. Aku sarankan anda pergi. Serius, tak rugi...