Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network | Hot : Bagaimana Memasang Font Baru Pada Komputer Anda.


Pin It

Widgets

Teknik "Killer SEO" - Rahsia Blogger Menjadi Terkenal

Menjana trafik yang tinggi menjadi idaman setiap pemilik blog atau website. Kita dapat lihat bagaimana blogger2 terkenal sering kali mendapat perhatian di "ejen carian" seperti google, yahoo dan bing. Tetapi tidak ramai antara mereka mendedahkan teknik dan cara mereka lakukan.

Teknik "Killer SEO" - Blogger Menjadi Terkenal ini, diharapkan dapat membantu blogger diluar sana meningkatkan trafik ke blog mereka. Teknik yang bakal saya tunjukan ini dikhususkan kepada pengguna hosting  percuma, BlogSpot. Kepada pengguna wordpress atau joomla, jangan berkecil hati, ada juga antara teknik-teknik ini anda juga boleh gunakan.

Teknik "Killer SEO" - Blogger Menjadi Terkenal

Part 1 : Pengenalan dan Asas-asas SEO
Part 2 :
Part 3 :
Part 4 :

Mengenali "Search Engine Optimization (SEO)"

............... Kata Encik Wikipedia :
Search engine optimization (SEO) is the process of improving the visibility of a website or a web page in search engines' "natural," or un-paid ("organic" or "algorithmic"), search results. In general, the earlier (or higher ranked on the search results page), and more frequently a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine's users. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search, academic search,[1] news search and industry-specific vertical search engines.
Dalam bahasa yang mudah. SEO adalah proses untuk meningkatkan keterlihatan sesuatu web dalam ejen carian secara semula jadi atau tidak berbayar. Secara amnya, Web atau Blog yang berada lebih tinggi  dalam halaman carian dan lebih kerap muncul dalam senarai keputusan carian akan mendapat perhatian pembaca.

SEO boleh mensasarkan pelbagai jenis carian, termasuk carian imej, carian tempatan, video, carian berbentuk akademik, berita dan ejin carian khusus sesuatu industri. Cotohnya seperti INI dan INI .

Salah satu perbezaan blogger dan penulis biasa adalah dari segi kemahiran SEO dalam mempermosi blog mereka. Keindahan bahasa penulis dan blogger tidak akan mendapat pemerhatian lebih oleh pembaca jika tidak disenarikan dalam "ejen carian".

Oleh itu, ingin menjadi seorang blogger, anda perlulah belajar sekurang-kurangnya teknik asas SEO dalam mengendalikan blog anda. Saya akan kongsikan beberapa teknik yang saya gunakan dalam Teknik "Killer SEO" - Blogger Menjadi Terkenal ini.

Teknik Asas Meningkatan Trafik Untuk Penguna BlogSpot 

Dalam bahagian ini saya akan menjelaskan beberapa teknik yang perlu anda lakukan untuk memperkenalkan blog anda.
  1. Mengaktifkan Blogger Meta Tag Description
  2. Search Description Option dalam Post Editor
Description Mata Tag 
Meta Tag untuk halaman utama, page dan post tidak akan muncul dalam template blog anda jika anda mem"browser" blog anda. Ia adalah kod yang digunakan oleh pereka blog dan website untuk memudah rujukan hasil carian apabila dilakukan.

1. Mengaktifkan Blogger Meta Tag

Pertama sekali anda perlulah mengaktifkan meta tag untuk blog anda. Lakukan seperti dibawah:
  1. Pergi ke laman draft.blogger.com > Settings > Search Preference  
  2. Klik "Edit" link 
  3. Pilih "Enable Search Description" Masukan maklumat tentang blog anda secara rengkas dalam ruangan yang disediakan . Diingatkan tidak melebihi 150 aksara.
  4.  Setelah selesai, klik "Save Changes"
Note : Jika anda, pernah meletakan Meta Tag Description dalam template source file blog anda. Sila edit dan Pastikan ia sama dengan Descrition yang baru anda masukkan tadi.

2. Search Description Option dalam Post Editor

Apabila anda mengaktifkan Search Preference, secara automatik anda telah mengaktifkan Search Description Option pada ruangan post anda.
  1. Klik "New Post"
  2. Klik "Search Description" Option akan keluar disebelah kanan anda. Masukan sinopsis rengkas tentang post baru anda. Diingatkan, pastikan Sinopsis tidak melebihi 150 aksara. Jika tidak ini akan menyukarkan post blog anda daripada disenarai dalam 'ejen carian'
  3. Klik "Done"

Perlukan  Bantuan ?

Jika anda perlukan bantuan. Sila emailkan kepada me@mananqayyim.com atau tinggalkan komen di bawah. 
Share this article :
 
 
Support : About | Contact Me | Gallery
Copyright © 2012. Manan Qayyim - All Rights Reserved
Redesign by Manan Qayyim
Proudly powered by Blogger