Assalamualaikum...
Aku baru sahaja selesai tukar tiket Kerata Api untuk perjalanan ke Kedah. Sepatutnya perjalanan dijadualkan pada esok hari, 14 April 2012. Tapi disebebkan aku telah menerima satu email semalam dan tajuk email tersebut, sama dengan tajuk entry aku ni. Rasa teruja juga bila dapat email ni. Ingatkan tak terpilih.
Alhamdulillah, tiket sempat ditukar kepada hari Isnin ini. Untuk kawan2 aku di Kedah, tunggu aku disana.
Program ini telah dianjurkan oleh Blogger terkenal Team DenaiHati.com. Program ini juga mendapat banyak tajaan daripada Syarikat-syarikat terkemuka dan blogger2 terkenal yang lain.
Sebenarnya, pertama kali aku sertai program macam. Tak sabar rasanya nak jumpa blogger2 ni secara face to face. Ya la... sebelum ni kenal melalui kata-kata dan penulisan mereka je.
Jumpa di sana nanti!!!

