Alhamdulillah, rasa berbalai aku tunda tiket ke Kedah hari jumaat lepas. Program Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaiHati merupaka satu event blogger pertama aku join. Teruja dapat jumpa blogger2 terkenal ni secara face to face, kalau nak dibandingan dengan aku, siapa la kan.
Sedikit Info Tentang Majlis ni.
Nama Majlis : Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati Network #jumpadenaihati
Tempat : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 15 April 2012
Masa : 2.00 pm - 6.00 pm (habis awal sikit)
Seronok Dapat Berjumpa Dengan Blogger2
Suasana majlis yang kondusuf dan selesai ini dimulakan dengan baca doa, kemudian ucapan pihak penganjur. Majlis yang santai ini diteruskan dengan persembahan nyanyian dan makan-makan. Paling syoknya, ada cabutan bertuah. Hadiah-hadiah semuanya menarik.
 |
| Hadiah Paling Mahal "1kg Silver" , Siapalah agaknya yang bertuah ni.... |
 |
| Hidangan makanan yang menyelerakan |
 |
| Inilah dia Bro Jai, orang yang bertuah dapat bawa balik silver tadi. Duduk satu meja dengan aku. Sebelah aku palak. hihihi memang bertauh!!! |
 |
| Pemenang Gadget Impian. Puan Bee dan .... |
_________________________________________________________________________
Semasa perjalan balik. Aku terserempak dengan
Puan Bee dalam LRT (Kelana Jaya Line), rupanya dia pun nak balik Ampang. Tapi dia turun dekat Pandan Indah. Aku turun stesen terakhir sekali. Dari Hotel Singahsana (stesen Taman Jaya) ke Ampang kena tukar train. Mula dengan KelanaJaya Line pastu tukar di Masjid Jamik, kena naik pula Ampang Line.
Nak dipendekan cerita, dari Taman Jaya ke Masjid Jamek. Aku dan
Puan Bee berkongsi-kongsi cerita pasal blog masing-masing. Sampai di Masjid Jamek kami terpisah. Ramai sangat orang kat situ. Batang hidung Puan Bee pun dah tak kelihatan.
Tunggu punya tunggu , train pun sampai. Aku terus naik dan duduk dalam tu. Rasa keseronokan bertemu blogger-blogger ni, masih terasa. Sampaikan aku tak perasan, rupanya aku salah naik train (Seri Petaling Line). Sampai Bandar Tasik Selatan, baru aku sedar, yang aku dah salah train. Terpaksa la patah balik.
Aku rasa, Puan Bee mesti dah sampai rumah dia......
Kenangan Bersama Meraka
 |
| Blogger Terkenal |
 |
| Cenderahati dari Denai Hati... macam2 dapat... Thanks DenaiHati. |
*Insya-Allah malam ini aku akan ke Kedah. Doakan perjalanan aku selamat ya.....